Pages

Sunday, February 14, 2016

NOTA OS SMK JELAI

Sistem Pengoperasian (Operating System) Sistem Pengoperasian merupakan perisian sistem yang terpenting bagi setiap komputer. OS adalah satu atau lebih aturcara yang mengurus operasi CPU, mengawal input/output dan sumber storan dan aktiviti komputer serta pelbagai servis sokongan seperti pengurusan memori, ruang cakera dan lain-lain. Tujuan utama OS ialah untuk memaksimakan produktiviti sistem komputer dengan pengoperasian yang efisyen. OS adalah komponen penting sebagai antaramuka sistem di antara pengguna dan perkakasan komputer. Fungsi sistem pengoperasian Melaksanakan fungsi-fungsi perkakasan komputer seperti menerima, menyimpan mendapat data dan memaparkan maklumat -Memerlukan arahan dalam bentuk teks.. - Pacuan menu (Menu driven) - Antaramuka unit grafik (graphical user interface - GUI) Kombinasi ikon dan menu untuk menerima dan melaksanakan arahan. OS yang popular Terdapat beberapa jenis sistem pengoperasian dan pemilihannya bergantung kepada jenis pemproses dan jenama sesebuah komputer. 1. Pada masa sekarang terdapat empat jenis sistem pengoperasian yang popular: Windows - Sistem pengoperasian berasaskan antaramuka grafik yang menjadikan ia lebih cepat dan mudah digunakan. Bermula dengan Windows 95, Windows menampilkan ciri-ciri menarik seperti antaramuka grafik, penugasan berbilang, multimedia, rangkaian dan lain-lain kelibihan. Versi terkini ialah Windows 10 UNIX dan LINUX – kedua-duanya adalah sistem pengoperasian platform independent yang canggih dan dipercayai. Mac OS X – Sistem pengoperasian khusus bagi sistem komputer Macintosh yang menyediakan antaramuka grafik yang baru, dan kemudahan penugasan berbilang dan multimedia yang canggih. Utility program Program yang digunakan untuk mengabungkan dan menyusun himpunan data-data, mengesan track kerja dalam komputer, mampat data dan fail sebelum disimpan atau dihantar menerusi rangkaian dan laksanakan tugas-tugas yang penting.

No comments:

Post a Comment

Petak Tengah